Mitsubishi tak ada rancangan buat ‘comeback’ Lancer Evolution

1846

Ketika Mitsubishi mengumumkan kebangkitan semula jenama Ralliart di Jepun pada Mei lalu, timbul juga harapan untuk kemunculan semula model ikonik mereka iaitu Lancer Evolution.

Walaupun kehadiran semula Ralliart berkisar pada penghasilan aksesori dan pakej kosmetik asli untuk model mereka, CEO Mitsubishi Motors Corporation, Takao Kato juga menyebutkan bahawa syarikat mereka juga mempertimbangkan untuk terlibat dalam sukan permotoran.



Media tempatan Jepun, Response, melaporkan bahawa kebangkitan Lancer Evolution tidak akan berlaku, atau sekurang-kurangnya Mitsubishi belum ada rancangan mengenai generasi tersebut.

Namun, Kato juga menyatakan bahawa dia ingin mewujudkan generasi Lancer Evolution, tetapi Mitsubishi perlu berada dalam keadaan stabil terlebih dahulu.

“Syarikat ini masih belum cukup kuat,” kata Takao Kato.

Selain itu, Response juga mendedahkan bahawa pemilik saham MMC sebenarnya meminta kehadiran semula Lancer Evolution.

Hal ini agak mengejutkan, dan juga menarik kerana pemegang saham biasanya lebih mementingkan keuntungan daripada imej syarikat.

Adakah Lancer Evolution yang digilai ramai akan kembali? Sama-sama kita nantikan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

1 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here