Bukan mudah anjur perlumbaan dunia, sebab kurang marshal ATC (2021) Indonesia dibatalkan

992

Perlumbaan Idemitsu Asia Talent Cup (ATC) 2021 yang seharusnya berlangsung hujung minggu lalu di Litar Jalanan Antarabangsa Mandalika, Lombok, Indonesia terpaksa dibatalkan.

ATC 2021 sepatutnya mencatat sejarah untuk Indonesia dan Asia, terpaksa di tunda ke hujung minggu ini dan lebih mengecewakan perlumbaan gagal disiarkan secara langsung berikutan masalah teknikal.  



Pembatalan acara oleh pihak penganjur kerana permukaan litar yang masih belum bersedia sepenuhnya dan jumlah syarat marshal yang bertugas tidak mencukupi.

“Berdasarkan maklumat dari Rock FM Lombok, perlumbaan harus dibatalkan kerana jumlah marshal tidak memenuhi syarat minimum,” tulis GP Racing Indonesia.

Seharusnya perlu ada lapan marshal yang bertugas di setiap sudut litar, dan yang mengibar bendera untuk memberi isyarat kepada pelumba merupakan tulang belakang kepada acara di litar.

Dalam satu kenyataan rasmi daripada Idemitsu, Dorna Sport dan Persatuan Grand Prix Mandalika mengesahkan musim terakhir ATC akan melibatkan empat perlumbaan dan berlangsung bermula 19 hingga 21 November bersama perlumbaan Kejohanan Dunia Superbike (WSBK). 

“Pusingan pertama ATC di Mandalika dirancang dalam usaha membolehkan litar baharu ini menguji kemudahan dan perkhidmatannya.
 
“Masalah yang dihadapi oleh persatuan sukan telah dikenal pasti dan sedang ditangani untuk memastikan keselamatan penunggang sebaik sahaja perlumbaan dijalankan kelak,” jelasnya dalam kenyataan tersebut. 
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here