Utama Berita Automotif Berita Tempatan “Pemandu bas sekolah perlu turun kenderaan dan pantau pelajar” – Prof Dr...

“Pemandu bas sekolah perlu turun kenderaan dan pantau pelajar” – Prof Dr Kulanthayan

1391
Pemandu-pemandu bas atau van sekolah digalakkan untuk turun dari kenderaan dan memantau pelajar sehingga mereka masuk ke dalam kawasan sekolah atau kediaman dengan selamat.
 
 
Gesaan demikian selepas insiden membabitkan seorang kanak-kanak perempuan dilanggar sebuah van di hadapan taska sehingga menyebabkan kematian. Sekali gus mengundang semula persoalan keselamatan golongan berkenaan.
 
Menurut Pengarah Eksekutif Safe Kids Malaysia, Prof Dr Kulanthayan Kc Mani, pemandu perlu tahu bahawa golongan kanak-kanak ini mempunyai had tertentu dalam menilai situasi dan masih memerlukan pemantauan orang dewasa.
 
Prof Dr Kulanthayan Kc Mani : Sumber Google
“Pertama kepada semua pemandu-pemandu bas dan van sekolah, kalau boleh, sebaiknya buka tingkap kenderaan agar kita boleh dengar sumber bunyi daripada luar.
 
“Kedua, temani kanak-kanak ini supaya mereka selamat dan kanak-kanak ini perlu diajar jangan melintas di hadapan kenderaan kerana biasanya kenderaan akan bergerak ke depan jarang sekali bergerak ke belakang.
 
“Ketiga, kanak-kanak ini perlu diajar supaya jangan berada di kawasan terlindung kerana saiz kanak-kanak yang kecil dan mereka perlu tahu ada banyak titik buta (blindspot) pada kenderaan,” kata Prof Dr Kulanthayan.
 
Selain itu, kanak-kanak yang berusia 8 tahun ke bawah, mereka tidak mempunyai kemampuan untuk membuat keputusan yang tepat dan selamat walaupun telah diajar tentang risiko dan keselamatan.
 
“Atas dasar tersebut kita minta agar kanak-kanak ini sentiasa ditemani dan dipantau orang dewasa,” tambah Prof Dr Kulanthayan.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here