Henti tengah jalan beli jeruk di lampu isyarat, pemandu Waja punca dua kereta kemalangan

12369

Walaupun sudah diberitahu jual beli makanan di lampu isyarat merupakan satu kesalahan dan pihak berkuasa memberi amaran namun masih ada lagi yang melakukan aktiviti tersebut. 

Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan saman dan didenda tidak melebihi RM2,000.



Sepertimana satu perkongsian video di media sosial yang menunjukkan pemandu sebuah Proton Waja menghentikan keretanya di tengah jalan semata-mata ingin membeli jeruk mangga.

Tindakan pemandu tersebut yang menghentikan keretanya secara mengejut menyebabkan  dua buah kenderaan yang berada di belakangnya berlanggar sesama sendiri. 

Lebih membuatkan orang ramai tidak berpuas hati apabila pemandu Waja tersebut meninggalkan tempat kejadian seperti tiada apa-apa yang berlaku. Difahamkan kejadian berlaku di Pulau Pinang.

Orang ramai menyifatkan pemandu itu sangat kurang ajar dan pentingkan diri sendiri, serta berharap penjaja jalanan dikenakan hukuman tegas dan kekalkanlah fungsi jalan raya seperti sedia ada demi keselamatan semua pihak.

“Sebab dia berhenti mengejut nak beli mangga, kereta belakang pula eksiden, sakit hati bila tengok dia pergi macam tu saja.”

“Ada sebab kenapa orang tak bagi menjaja tepi jalan, ini la masalahnya. Yang meniaga tu satu hal, yang membeli pula satu hal.”

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here