Orang ramai serbu mengutip duit syiling lebih RM20k, jatuh berteraburan atas jalan

3162

Baru-baru ini, tular sebuah rakaman video memamparkan sejumlah orang awam di Indonesia sedang mengutip duit syiling yang bertaburan di jalan raya.

 



Video yang berdurasi 12 saat tersebut dimuat naik di Instagram @fakta.indo, dikatakan duit syiling yang terjatuh itu diisi di dalam bag pakaian dari dalam sebuah bas yang menuju ke arah Banjar dari Ciamis.

Orang awam yang berada di sekitar Ciamis menyedari kejadian tersebut, langsung menyerbu untuk mengutip duit syiling yang bertabur di jalan.

Menerusi video tersebut dapat dilihat, orang ramai sedang mengutip duit syiling itu, malah ada yang menggunakan penyapu lidi untuk mengumpulkan duit syiling tersebut.

Namun, difahamkan tindakan orang awam tersebut adalah untuk membantu bagi kembalikan kepada pemiliknya dan dimaklumkan juga duit syiling tersebut berjumlah lebih Rp70 juta (RM20,526).

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai dan meninggalkan pelbagai komen, selain itu rata-rata memuji orang-orang yang sudi membantu semasa kejadian.

“Hujan duit hujan duit hujan duit.

“Terimakasih orang” baik yang menolong dengan tulus hati.

“terimakasih orng baik yg telah bantu.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here