Mazda Malaysia buka tempahan BT-50 (2022), harga mula RM124k

1478

Mazda Malaysia membuka tempahan trak pikap generasi baharu Mazda BT-50 buat pasaran tempatan. 

Trak pikap yang diimport dari Thailand itu didatangkan dengan lima varian iaitu 1.9L Single Cab MT, diikuti dengan double cab 1.9L Mid MT, 1.9L Mid AT, 1.9L High AT dan 3.0L High Plus AT.



Berikut senarai harga model berkenaan yang didatangkan dengan jaminan lima tahun atau 100,000km (mana tiba terdahulu):

VARIAN

Harga (RM)

MAZDA BT-50 1.9L AT Double Cab (High)

RM 124,179.20

MAZDA BT-50 3.0L AT Double Cab (High Plus)

RM 143,218.40

 

Ia ditawarkan dengan lima warna pilihan:

  • Kelabu (Rock Grey Mica)
  • Putih (Ice White)
  • Merah (Red Volcano Mica)
  • Hitam (True Black Mica)
  • Biru (Gunblue Mica)

Bahagian kabin turut menerima penambahbaikan antaranya pada bahagian papan pemuka,  stereng teleskopik, panel instrumen dan tempat duduk boleh laras untuk memenuhi  keselesaan para pemandu dan penumpang.

BT-50 didatangkan kluster instrumen 4.2 inci pada bahagian tengah yang memaparkan pelbagai informasi bersama dua meter analog berbentuk bulat, skrin infotainmen 9-inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto. 

Pikap terbaharu itu menawarkan dua pilihan enjin iaitu 1.9L diesel dan 3.0L diesel dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan automatik. Untuk varian 1.9L menggunakan unit RZ4E-TC 1.9 liter empat-silinder turbodiesel dengan output 148hp @ 3,600rpm dan tork 350Nm @ 1,800-2,600rpm.

Manakala varian paling tinggi menggunakan unit 4JJ3-TCX 3.0 liter empat-silinder turbodiesel yang menghasilkan kuasa 188hp @ 3,600rpm dan tork 450Nm @ 1,600-2,600rpm.

Dari segi aspek keselematan, Mazda BT-50 menawarkan ciri-ciri aspek keselamatan bergantung kepada varian seperti 7-beg udara keselamatan SRS, Isofix, kunci pintu automatik, ABS, EBD, Bantuan Brek, ESC, Sistem Kawalan Cengkaman, Bantuan Mula Mendaki dan Bantuan Menurun Cerun.

Ciri-ciri lain:

  • Sistem pemantauan titik buta
  • Amaran lintasan trafik belakang
  • Bantuan suluhan tinggi automatik
  • Sistem amaran keluar lorong (LDWS)
  • Amaran pelanggaran depan (FCW)
  • Brek kecemasan automatik (AEB)
  • Kawalan jelajah adaptif (ACC)
GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here