Perodua Alza baharu lancar tahun depan? Ini jawapan CEO Perodua

10014

Selepas 12 tahun, akhirnya generasi pertama kenderaan pelbagai guna (MPV)  kompak, Perodua Alza bakal ditamatkan Januari tahun depan.

Jadi adakah generasi kedua Perodua Alza akan dilancarkan pada tahun hadapan, ini, jawapan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad pada sidang media pandu uji Perodua Myvi facelift di Johor Bharu, semalam.

Menurutnya, untuk Perodua, pihaknya mempunyai kitaran hayat setiap model antara lima sehingga enam tahun sebelum menukar ke model baharu.



Katanya, buat masa ini kita mempunyai enam model, dan berdasarkan konsep itu, kita akan memperkenalkan satu model baharu dan dua perubahan kecil (facelift) setiap tahun.

“Kalau saya kata tidak, saya berbohong, saya cuba jujur dan akan ada satu model baharu yang akan diperkenalkan pada tahun hadapan.

“Cuma masa untuk pelancarannya itu saya tidak boleh jamin bila, kerana ada beberapa isu seperti masalah pendemik,” katanya.

Menurutnya, cumanya Alza adalah model yang unik kerana ia masih menerima tempahan 1,500 sebulan yang mempunyai pengikutnya tersendiri.

“Jika dalam sudut perniagaan, kami tidak akan menukar model ini. Bagaimanapun, Perodua adalah syarikat kereta nasional dan juga sebuah syarikat bertanggungjawab. Saya nak pastikan pelanggan kami di Malaysia ini ada keselamatan dan mahu mereka menikmati teknologi baharu.

“Biarpun Azla model semasa boleh jual 1,500 unit, kami akan tukar dengan model baharu supaya pelanggan di Malaysia menikmati dengan teknologi dan ciri keselamatan terbaharu. Buat masa ini, kami tengah buat persedian terakhir untuk pengeluarannya,” katanya.

Berdasarkan jawapan itu, Perodua Alza model baharu itu bukan sahaja mengalami perubahan dari segi reka bentuk luaran dan dalaman, tetapi juga mempunyai ciri keselamatan serta teknologi terkini.

Berdasarkan ciri yang baharu yang ada pada model Perodua, ia mungkin menggunakan ciri keselamatan sama seperti Perodua Myvi Facelift (2021) menerima ciri sistem penuh Perodua Smart Drive Assist (PSDA) serta menggunakan Advance Safety Assist (ASA) 3.0. Malah, ia juga mungkin menggunakan transmisi baharu iaitu Dwi-mod CVT.

Ini gambar Daihatsu Xenia yang mungkin kembar untuk Perodua Alza baharu:

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here