Hanya untuk yang berhati kental sahaja, pengembaraan sejauh 1,600KM DALAM 24JAM

2682

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (“MODENAS”) dengan kerjasama Petron Malaysia (“PETRON”), telah menganjurkan “Cabaran 1,600KM Modenas Dominar D400” pada 18 November 2021 yang lalu.

Konvoi ini seakan sama dengan cabaran “Saddlesore 1000” yang dianjurkan oleh persatuan antarabangsa “Iron-Butt” yang berpengkalan di Amerika Syarikat. Cabaran ini dianjurkan khusus bagi menguji ketahanan mental dan fizikal para penunggang serta keupayaan motosikal Modenas Dominar D400 yang telah dinaiktaraf.



Pada 18 November 2021, tepat jam 7.33 pagi, seramai 10 orang peserta termasuk lima wartawan automotif telah menyahut cabaran 1,600 kilometer dalam masa 24 jam. Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan, telah melepaskan konvoi yang akan memulakan perjalanan sejauh 399km dari PETRON Subang Jaya menuju ke kilang MODENAS di Gurun, Kedah.

Konvoi itu kemudiannya meneruskan perjalanan menuju ke Kelantan melalui Banjaran Titiwangsa dan kawasan hutan simpan di Hutan Hujan Royal Belum, Perak, dan secara tidak langsung terlihat kelibat seekor gajah.

Perjalanan sejauh 315km dalam keadaan cuaca hujan lebat menuju ke Jerteh, dan berehat seketika sebelum menempuh perjalanan sejauh 234KM ke Kijal, Terengganu. Dari Kijal, konvoi kemudiannya meneruskan perjalanan ke Gambang, Pahang.

Konvoi tersebut menempuhi perjalanan sejauh 553km dari Pahang ke ke Mersing, Johor dan berhenti di Simpang Renggam, Johor. Kemudian berehat selama 30 minit di Ayer Keroh, Melaka sebelum meneruskan baki perjalanan sejauh 118km sebelum hentian terakhir mereka di Sungai Besi, Kuala Lumpur dan menamatkan perjalanan di Hotel Concorde Kuala Lumpur.

Ahli konvoi telah berjaya menempuhi jarak sejauh 1,619KM dalam masa 23 jam 8 minit yang meliputi beberapa laluan paling sukar, dan keadaan yang agak mencabar serta berpeluang melihat pemandangan seluruh Semenanjung Malaysia dalam satu pengembaraan.

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here