Nissan GT-R sudah ‘tua’, ganti Z untuk berlumba di Super GT

1290

Secara rasmi, Nissan akan merehatkan terus GT-R selepas 13 tahun bersaing dari perlumbaan Super GT dan akan menggantikannya dengan Z GT500 serba baharu sempena majlis pelancarannya di Litar Antarabangsa Fuji Speedway.

Z GT500 akan mula bersaing dalam Super GT Jepun bermula musim 2022, dan lencana Z kembali berlumba selepas jentera Z33 350Z GT500 yang direhatkan pada 2007.



Nissan Z sentiasa menjadi pesaing hebat dalam dunia perlumbaan sejak model generasi pertama, S30 240Z dengan gelaran juara dalam siri perlumbaan SCCA C Production di Amerika Syarikat. Selain itu, ia pernah merangkul pelbagai kemenangan dalam siri perlumbaan IMSA menerusi Z32 300ZX.

Namun Nissan tidak mendedahkan sebarang perincian teknikal berhubung jentera lumba baharu itu. Yang pasti ia dibangunkan berdasarkan undang-undang regulasi FIA Class 1 yang hanya membenarkan menggunakan enjin turbo empat-silinder 2.0 liter.

Enjin itu dikatakan mampu menghasilkan 650hp, iaitu peningkatan 250hp berbanding model Z biasa walaupun 1.0 liter lebih rendah.

Z GT500 baharu menampilkan perbezaan daripada model jalan raya. Biarpun bahagian depan masih mengekalkan lampu depan sama model pengeluaran, tetapi bamparnya menggunakan material gentian karbon. Saiz roda juga jauh lebih lebar dan direka untuk meningkatkan aerodinamik.

Presidan dan CEO sayap perlumbaan Nissan iaitu Nismo, Takao Katagiri pula berkata, ”kami menyertai siri Super GT 2022 dengan jentera serba baharu iaitu Nissan Z GT500 dan keghairahan kami untuk sukan permotoran.

“Kami harap peminat kami akan terus memberikan semangat kepada Nissan dan pasukan Nismo Motorsport,” katanya.

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here