Video: Lelaki ini ‘menghidupkan’ kembali Honda Civic EK 9 Type R buruk menjadi baharu

2900

Biarpun Honda Civic EK 9 Type R boleh dikatakan jentera lama, ia masih lagi diburu buat peminat kereta JDM di seluruh dunia.

Popularitinya semakin menjadi-jadi sehingga ada yang sanggup membelinya dengan harga EK 9 Type R melebihi RM400,000 melalui jualan bidaan di Jepun baru-baru ini.



Namun berbeza pula dalam artikel ini, Civic EK 9 Type R yang anda lihat bukannya dalam keadaan sempurna. Malah, keadaan sangat uzur dan buruk!

Bagaimanapun, nasib baik lelaki ini berjaya menyelamatkannya dengan melakukan restorasi semula sehingga tampak baharu yang disiarkan di YouTube Mad4Motors.

Proses Restorasi Bermula

Proses restorasi Honda Civic EK 9 Type R itu bermula membawa kenderaan yang terbiar ke bengkel. Ia kemudiannya dicuci sebelum menanggalkan setiap komponen jentera berkenaan. 

Bahagian yang rosak terutama pada bahagian dapra ditarik semula dan turut menjatuhkan enjin V-TEC yang digemari ramai itu.

Selepas melakukan beberapa baik pulih terhadap struktur jentera, ruang enjin menerima cat lapisan putih baru seakan-akan warna Championship White, iaitu warna sinonim dengan Type R.

Enjin yang dibaik pulih itu dipasang semula dan kepala silinder dicat warna untuk mengembalikan kepada ciri asal.

Ruang dalaman, ia dipasang dengan karpet dan kerusi bucket merah yang kelihatan seperti  baharu. Lampu hadapan masih menggunakan yang asal, tetapi dikilat semula untuk tampak jernih berbanding kekuningan sebelum ini.

Ternyata restorasi Honda Civic EK 9 Type R itu sangat berbaloi!

Harga Mahal Di Malaysia

Untuk makluman anda, jika kondisi seperti ini. Ia boleh dijual melebihi RM100,000 di Malaysia dan masih lagi ada yang sanggup membayarnya.

Jentera ikonik ini menerima resepi dari segala pengalaman Honda di litar lumba. Enjin B16B 1.6-liter VTEC 4-silinder. Ia menyalurkan 185hp dan 160Nm, kotak gear manual 5-kelajuan nisbah pendek dan LSD.

Honda Civic Type-R ini boleh dikatakan seperti jentera lumba untuk jalanan. Model Honda pada era ini dikenali dengan pengendaliannya yang mantap serta enjin VTEC high-revving mampu ‘ditarik’ hingga 8,500rpm.

“Itulah, barangan lama ni, makin disimpan, makin mahal, terutama bagi kenderaan jenama JDM”

 

Jom saksikan video ini, bagaimana proses restorasi itu dilakukan:

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here