Honda Civic EK9 penuh jajan dan barang karbon boleh jadi milik anda!

13539

Selain dari menghadiri pelancaran produk dan pandu uji, kami juga sering scroll media sosial untuk mencari sumber berita terkini dan relevan untuk anda para pembaca.

Kami juga mengetengahkan iklan jualan kereta-kereta menarik dan gempak yang mungkin anda minati, seperti Mitsubishi Evo dan Honda S2000 sebelum ini.



Dan baru-baru ini, kami ternampak satu lagi iklan yang agak menarik, iaitu sebuah kereta idaman jejaka Malaya, tak lain tak bukan Honda Civic EK hatchback. Walaupun casis asalnya ialah EK4, ia telah ‘disalin’ dengan menyeluruh dengan komponen original EK9, Type-R dan barang-barang prestasi.

Menurut pemiliknya, Syaiful Akmal, dia ingin melepaskan jentera kesayangannya itu kerana bakal bergelar bapa tidak lama lagi. Tahniah! Mungkin dia perlukan kereta lebih besar untuk anak nanti.

Apa pun, mari kita lihat spesifikasi dan perincian Honda Civic EK yang mampu menggetarkan jiwa jejaka dan pemandu-pemandu kanjo/touge.

Spesifikasi:

Casis: Original EK4 Blue Tag (rare), bar Spoon depan belakang

Badan: Bampar Airwalker, bonet dan fender gentian karbon original Js & Monster, tangki minyak gentian karbon, cermin sisi Spoon, lampu depan Stanley, lampu belakang LED EK9, spoiler gentian karbon Spoon

Enjin: 1.6-liter B16, piston B16, head Type-R 99, cam Jun 3 (high cam), valve spring Skunk 2, retainer Skunk 2, cam pulley Skunk 2, belting Kevlar, intake Type-R, throttle body S90, fuel rail Works, cable plug perlumbaan, kotak udara gentian karbon Mugen, ECU rechip Neptune

Dalaman: Papan pemuka EK4, meter EK4, panel pendingin hawa EK4, meter controller RSM, monitor LCD, trim pintu EK9, karpet EK9, tempat duduk Recaro EK9, tempat duduk belakang EK9, stereng EK9, booth gear Type-R, linkage Type-R

Transmisi: Kotak gear Civic FD 4.7, ratio custom gear 1 3 dan 4, klac Ogura Racing,

Suspensi: Adjustable high low soft hard

Rim: TE37 Magblue 5 knuckle

Brek: Cakera EK9 depan belakang

Ekzos: Stainless steel penuh, muffler 5Zigen

Menurut Syaiful juga, casis dan lantai kereta ini masih mantap dan bebas kebocoran. Juga tiada masalah untuk kereta ini dipandu jauh, bolehlah bawak pergi Honda Day tahun ni!

Untuk maklumat lanjut dan berhubung terus dengan Syaiful, Whatsapp ke: www.wasap.my/60174003608/civic

Sumber: Facebook Syaiful Akmal

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here