Tiada lagi caj pra-kebenaran RM200 melalui kad debit di semua stesen Petron

2262

Selaras dengan usaha Kerajaan mewujudkan masyarakat digital, Petron dan PayNet telah bekerjasama untuk penerimaan kad MyDebit di semua stesen minyak Petron.

Serentak dengan itu juga, mulai bulan ini, pembayaran untuk pengisian minyak di kesemua 700 stesen minyak Petron seluruh negara boleh dibuat menggunakan kad MyDebit (kad ATM) tanpa sebarang caj pra-kebenaran dikenakan dahulu.



Perkara itu diumumkan oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution, Ismail Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia yang juga melancarkan majlis itu semalam.

Caj pra-kebenaran RM200 yang biasanya dikenakan (dan hanya dipulangkan selepas beberapa hari) untuk pengisian minyak melalui kad sebelum ini dilihat sebagai halangan bagi pembayaran digital di stesen minyak, terutamanya bagi pengguna yang hanya ingin isi nilai minyak yang kecil.

Selain itu, Petron juga sedia menerima pembayaran melalui semua jenis e-wallet di Malaysia. Kesemua inisiatif ini bertujuan untuk memudahkan pengguna dan meningkatkan tahap keselamatan pembayaran di stesen-stesen minyak, terutamanya dalam mencegah risiko ragut atau rompakan.

Saifuddin berkata, “Dari segi kementerian, kami akan meneruskan penerangan dan memperbanyakkan sesi libat urus bagi mengalakkan stesen-stesen minyak lain menyertai inisiatif ini.

“Semoga berkat usaha bersama, kita akan berjaya mewujudkan sistem transaksi yang lebih cekap, mudah dan selamat bagi manfaat pengguna,” tambahnya.

Sumber: Facebook Datuk Seri Saifuddin Nasution

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here