Pemandu Ford Mustang berjaya lolos, sekali polis buat lawatan mengejut depan rumah

3570

Langit tidak selalunya cerah, mungkin pemandu Ford Mustang ini sudah berasa selamat selepas berjaya melarikan diri daripada polis ketika berlumba di lebuhraya. 

Pihak polis di La Crosse, Wisconsin, Amerika Syarikat bertindak atas maklumat selepas menerima laporan, sewaktu rondaan dibuat pemandu Mustang bertindak memecut dan melarikan diri selepas terserempak dengan pihak polis.



Namun pihak polis membuat keputusan untuk tidak mengejarnya, memandangkan kereta dipandu lelaki tersebut merupakan sebuah kereta berprestasi tinggi. Difahamkan pihak polis tidak mahu mengeruhkan keadaan untuk berurusan dengan pesalah menggunakan kekerasan.

Bagaimanapun, pihak polis tetap menjejaki dan mengekori Mustang berkenaan kerana suda mempunyai maklumat berkaitan pemilik mustang tersebut.

Ketika membuat tangkapan, lelaki tersebut enggan mengaku dan menyembunyikan identitinya, bagaimanapun hasil pemeriksaan polis percaya lelaki tersebut merupakan pemandu yang melarikan diri ketika dikejar pihak polis.

Lelaki tersebut Commodore Cornelius, berusia 23 tahun ditahan dan lesen memandu turut digantung. Difahamkan, dia tidak mendaftarkan kereta Mustang tersebut selepas baru sahaja membeli daripada seorang wanita di Facebook Marketplace sebulan sebelum kejadian.

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here