Berita baik! Proton tawar diskaun 20 peratus alat ganti dan caj buruh kereta rosak akibat banjir

953

Banjir baru-baru ini menjejaskan beberapa kawasan di bahagian Barat dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia, PROTON menawarkan pertolongan kepada pelanggan yang kereta mengalami kerosakan akibat banjir.

Tawaran ini terbuka kepada semua pemilik model Proton yang mengalami kerosakan.

Ia menawarkan diskaun sebanyak 20 peratus bagi alat ganti tertentu dan caj buruh akan diberi kepada semua pelanggan yang terjejas oleh banjir dan telah melakukan laporan polis tentang kejadian itu.



Lebih lagi, caj tunda sebanyak RM200 dan caj pembersihan bahagian luar dan ruang enjin sebanyak RM100 akan dibayar oleh syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, fenomena banjir baru-baru ini menjejaskan beribu orang terutama sekali di Selangor dan Shah Alam, di mana terletaknya ibu pejabat PROTON.

“Ramai pelanggan kami mengalami kerosakan tempat tinggal serta perniagaan mereka dan ini termasuk kereta mereka juga.

“Oleh itu, kami ingin menghulurkan bantuan untuk memastikan kenderaan mereka boleh diperbaiki dan memberi keyakinan bahawa pelanggan kami adalah keutamaan utama syarikat,” katanya.

Menurutnya, PROTON akan berusaha untuk menentukan kenderaan pelanggan diperbaiki secepat mungkin dan menasihati mereka untuk terus ke pusat perkhidmatan supaya dapat menikmati faedah itu.

“PROTON agak bertuah kerana banjir baru-baru ini tidak menjejaskan barisan pengeluaran kami, tetapi lebih dari 1,000 warga Proton telah terjejas,” katanya.

Oleh itu ahli-ahli Kelab PROTON, organisasi sosial dan kesejahteraan dalaman untuk semua kakitangan, sudah diaktifkan untuk menyediakan pakej penjagaan serta menawarkan servis pembersihan kepada rakan-rakan dan keluarga mereka,” katanya.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi talian pelanggan PROTON di 1-800-88-8398.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here