Curi RM4.86 juta minyak diesel Kapal Ocean Pride, 12 warga Indonesia diburu

1798

Seramai 12 kru kapal yang merupakan warga Indonesia diburu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana disyaki merompak 1.8 juta liter minyak diesel bernilai RM4.86 juta.

Tindakan itu diambil susulan Notis Merah dikeluarkan Polis Antarabangsa (INTERPOL), berhubung kecurian melibatkan kapal tangki MT Ocean Pride (IMO 9055565) yang berdaftar di Cook Islands, Singapura.



Dalam insiden tersebut, kapal tangki MT Ocean Pride tersebut berlayar bersama 12 kru warga Indonesia dari Singapura menuju ke Dili, Timor Timur. Namun kesemua kru terbabit memindahkan minyak berkenaan dan meninggalkan kapal terbabit di perairan Tanjung Siang, Kota Tinggi, Johor.

Semua mereka dikesan bagi membantu siasatan kes kapal tangki MT Ocean Pride yang terlibat mengikut Seksyen 380 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan (Akta 574).

Berikut senarai nama kesemua suspek bersama nombor pasport:

Nama (Nombor pasport)
1. Haryadi Tri Tomi (B9706316) 7. Saputra Pandu Prasetya (C7573439)
2. Mangalik Despiandri (C7309394) 8. Siddiq Muhammad (C7309737)
3. Nordiansyah Muhammat (C1366351) 9. Silaban Rusman (B6670491)
4. Pasaribu Suherri Nanda (C2081744) 10. Syahputra Haloho Marnaek (C7307752)
5. Pinem Jendri (C6787829) 11. Tarigan Harry Pranata (C7308182)
6. Prasetyo Agung (C7021189) 12. Yusran (C3899964)

 

Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat, diminta hubungi:

  • Komander (M) Mohd Affandi Ismall (03-89957935) Bahagian Siasatan Jenayah Maritim, Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya
  • Leftenan (M) Mohd Feerdaus Bin Daud (pegawai penyiasat: 07-8916595) dan Bahagian Siasatan Jenayah Maritim ibu pejabat Maritim Negeri Johor atau ke pejabat Maritim Malaysia berhampiran.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here