Jumpa pagi, tengah hari lesap, mangsa banjir Sri Muda ini cari skuter Vario hilang!

2665
Taman Sri Muda merupakan antara lokasi yang terjejas teruk akibat banjir. Air surut di kawasan tersebut agak perlahan difahamkan susulan kerosakan pada pintu air.
 
Dipercayai kerosakan itu berlaku ketika banjir apabila terkena hentaman kayu dan pelbagai serpihan sehingga menyebabkan shaft bengkok. Justeru itu menyebabkan pengaliran air banjir ke sungai berhampiran lewat.
 
Salah seorang penduduk yang terperangkap di Sri Muda turut berkongsi kisahnya dan lebih menyedihkan lelaki berkenaan tidak dapat menyelamatkan motosikal yang digunakan untuk mencari rezeki akibat banjir.
 
Ini kerana air naik terlalu cepat dan menerusi perkongsian akaun Facebook Zul Aiman Sam itu, dia menjelaskan berjaya keluar dari rumahnya pada Isnin jam 3 pagi.
 
Muhammad Zulhezam Aiman Mohamad Nizam lega kerana pada hari berkenaan dia menemui motosikal Honda Vario 150 miliknya.
 
“Bersyukur tak terkira dan terkata sebab dah jumpa motor, tiba-tiba kunci tertinggal dalam beg dan handle lock. Kamipun angkat motor seramai lapan orang kawan tolong dan letak  di tempat yang tiada air dan selamat.
 
“Rupa-rupanya tak selamat, tengah hari isnin saya pergi ke tempat parkir motor untuk bawa balik nak bagi mandi apa semualah, sayang, sedih, murung,” kongsinya.
 
Lebih membuatkan Zulhezam terkilan, skuter berkenaan hanya sempat digunakan sekitar tiga minggu bahkan dia bekerja siang dan malam selama dua bulan untuk membeli motor berkenaan secara tunai.
 
Justeru itu, Zulhezam memohon kepada orang ramai yang menemui motosikal Vario dengan warna seragam Repsol (VGY 8536) itu menghubunginya. Lokasi terakhir motor tersebut adalah di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam.
 
“Kepada sesiapa yang terjumpa mohon tahan, potong tangan dulu kemudian boleh hubungi saya (0178759822),” jelasnya. 
 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
 
 


2 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here