Ford Mustang GT500KR (900hp) sempena ulang tahun ke-60 Shelby, harga RM500k

2172

Mustang Shelby GT500KR baharu bakal diperkenalkan semula ke pasaran sempena meraikan ulang tahun ke 60 tahun Shelby. Kereta sport itu akan ditawarkan dalam jumlah terhad.

Mustang Shelby GT500KR baharu berasaskan model Mustang Shelby GT500 itu akan menerima naik taraf dengan enjin 5.2 liter V8 yang menghasilkan kuasa 760hp. Pecutan 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 3.5 saat.



Sistem supercharger Whipple 3.8 liter membolehkan Mustang GT500KR mencapai kuasa lebih daripada 900hp dengan penggunaan bahan bakar 93 oktana.

Selain itu, GT500KR turut dilengkapi dengan intercooler baharu, badan pendikit yang lebih besar, sistem kemasukan udara, serta sistem ekzos yang dinaiktaraf.

Dalam kabin, Mustang Shelby GT500KR dilengkapi dengan tempat duduk balutan kulit, karpet dengan sulaman, plat nombor siri pada papan pemuka dan lencana ulang tahun ke-60 Shelby. 

Ia turut dilengkapi dengan beberapa komponen gentian karbon seperti hud enjin, splitter depan, diffuser belakang dan flap Gurney. Tidak ketinggalan, turut ditawarkan pakej aksesori seperti kit badan lebar, jalur grafik dan juga jalur perlumbaan Le Mans.

Harga GT500KR ini bermula daripada AS127,895 (RM537,990).  Hanya 225 unit Mustang Shelby GT500 akan ditawarkan yang mana 180 daripadanya untuk pasaran Amerika Syarikat.

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here