Banjir: JPJ ganti lesen rosak secara percuma

1263

Prihatin dengan situasi yang berlaku kini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menggantikan lesen mangsa banjir yang hilang atau rosak secara percuma.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong memaklumkan tindakan itu dilakukan  bagi meringankan beban mangsa yang kehilangan harta benda akibat bencana berkenaan.



Semua mangsa boleh menggantikan dokumen yang rosak di kaunter JPJ berhampiran, seperti Lesen Memandu Malaysia (LMM), Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau Sijil Pemilikan Sementara (VOC). Namun, pemilik perlu membuat laporan polis berhubung kehilangan atau kerosakan dokumen terbabit sebelum membuat permohonan di JPJ.

Pemilik juga perlu hadir sendiri dengan membawa dokumen yang rosak untuk mendapatkan dokumen baharu di mana-mana pejabat kaunter JPJ negeri atau cawangan terdekat.

Selain itu, beliau turut mengarahkan agensi itu memberikan tempoh sewajarnya supaya tidak berlaku kesesakan teruk, langkah itu juga membolehkan mangsa banjir dapat menumpukan usaha kepada kerja-kerja pembersihan kediaman masing-masing.

“Saya minta pihak JPJ supaya ada tempoh masa yang cukup, malah boleh letak unit bergerak di kawasan terjejas banjir bagi memudahkan urusan tanpa perlu pergi ke cawangan,” kata Menteri Pengangkutan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here