Porsche 911 Turbo S milik mantan Perdana Menteri Kuwait untuk dijual, odometer 135km

1410

Kereta sport Porsche 911 Turbo S generasi 993, milik bekas perdana menteri keenam Kuwait, Sheikh Nasser Al-Mohammed Al-Sabah ingin di jual sekitar AS889,000 (RM3.7 juta).

Porsche 911 generasi 993 sentiasa mempunyai tempat istimewa dalam hati peminat jenama itu kerana ia merupakan model generasi terakhir dengan enjin penyejukan udara. 



Model itu menjadi salah satu produk 911 yang mendapat permintaan tinggi sejak pengeluaraanya daripada 1994 hingga 1998. Ia boleh didapati dalam beberapa varian dan bentuk badan seperti Coupe, Cabriolet, Targa, Turbo, GT2 dan Turbo Cabriolet.

Bagaimanapun, model yang dipercayai milik Sheikh Nasser Al-Mohammed Al-Sabah yang ditempah pada 1998 itu lebih ‘rare’ kerana kombinasi warna badan dan kabin. 

Ruangan kabin menampilkan kemasan warna kuning dan jingga hampir pada keseluruhan komponen seperti roda streng, papan pemuka, panel pintu, tempat duduk. Silau gais!. 

Model itu disenaraikan untuk jualan di pusat jualan kereta terpakai Pfaff Reserve di Ontario, Kanada.

Kereta tersebut telah menjalani pemulihan sepenuhnya di Porsche Classic di Jerman dari 2010 hingga 2014 yang menelan kos sebanyak pound sterling 446,500 (RM2.1 juta) dan hanya mencatat jarak perbatuan 135km.

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here