Elak pencuri pecah masuk, pemilik kereta di San Franscisco biarkan pintu but terbuka

1788

Kes pecah cermin kereta di San Francisco, Amerika Syarikat meningkat sejak tahun lalu sehinggakan beberapa pemilik kereta membiarkan pintu but mereka terbuka bagi menghindari pencuri pecah masuk. 

Bandar San Francisco dan Oakland mencatatkan jumlah kes kecurian kereta yang tinggi , sekali gus membuatkan orang awam mula mencari taktik berkesan bagi mengelakkan kenderaan milik mereka dipecah masuk.



Gambar terbaru yang diambil di San Francisco menunjukkan dua buah SUV diletakkan bersebelahan dalam keadaan pintu but dibuka dan tiada orang dalam kabin. Tren yang sama juga diperhatikan di Oakland.

“Tiada apa di dalam kereta saya dan mereka (pencuri) boleh melihat bahawa tiada apa yang boleh diambil,” kata seorang pemilik sebuah perniagaan di Oakland, Parisa Hemmat.

Timbalan Ketua Polis Interim Oakland, Drennon Lindsey berkata situasi itu tidak mengejutkan. 

Ini kerana pemilik bertindak sedemikian kerana ingin menunjukkan bahawa barangan yang ada di dalam tidak berbaloi untuk dicuri.

Bagaimanapun pakar penguatkuasa undang-undang memberi amaran langkah awal itu adalah idea yang tidak bagus kerana pencuri boleh mengambil bateri dan tayar kereta. 

“Mereka juga boleh pergi ke bahagian glove box dan mengetahui di mana anda tinggal,” jelasnya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here