Penumpang dan kru kapal terbesar dunia, Royal Caribbean positif Covid-19

1413

Seramai 48 penumpang dan anak kapal persiaran terbesar di dunia, Royal Caribbean Symphony of the Seas didapati positif Covid-19.

Symphony of the Seas yang merupakan kapal persiaran terbesar Royal Caribbean International, mempunyai kelab malam, pawagam dan lebih 30 restoran, bar dan pelbagai kemudahan.



Pelayaran tersebut yang terdiri daripada 6,091 tetamu dan anak kapal, meninggalkan Miami pada 11 Disember lalu untuk perjalanan tujuh hari dan membuat beberapa perhentian, termasuk di kepulauan Caribbean, St. Maarten dan St. Thomas.

Kes positif tersebut dikesan melalui seorang individu sebelum disahkan 48 individu lain turut terlibat. Namun empat daripada 48 individu yang didapati positif itu merupakan kenalan rapat kepada enam penumpang yang turun lebih awal dalam pelayaran tersebut.

Menurut Royal Caribbean, individu yang disahkan positif ketika pelayaran tersebut telah segera diasingkan untuk mengelakkan penularan jangkitan.

Penularan wabak tersebut kini sedang dalam pemerhatian Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) untuk mengumpul lebih banyak maklumat tentang kes itu.
 
Bagaimanapun, 95 peratus daripada mereka telah pun divaksin sepenuhnya, dan dilaporkan yang didapati positif hanya bergejala ringan serta tiada sebarang kes kritikal setakat ini.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here