Vespa Kota Kinabalu kini rasmi dibuka

897

Pengedar rasmi jenama Vespa di Malaysia, Didi Resources telah pun merasmikan pembukaan bilik pameran di Wisma Inanam, Kota Kinabalu di Sabah.

Menariknya, perasmian Vespa Kota Kinabalu  menandakan julung kalinya sebuah pusat 3S Vespa dibuka di Sabah, ia dilihat mampu mengukuhkan lagi jenama skuter popular itu di negeri berkenaan.



Pameran dalam galeri itu yang menampilkan identiti korporat menawarkan rangkaian penuh barisan model terkini Vespa, termasuklah aksesori dan pusat servis demi kemudahan pelanggan. 

Selain bilik pameran dan pusat servis yang serba lengkap, outlet baharu ini turut mempunyai sebuah ruang rehat pelanggan dan pelbagai lagi kemudahan gaya hidup. Sekaligus menjadikan ia pusat setempat (one-stop centre) bagi peminat jenama itu.

Selain itu, Didi Resources (Vespa Kota Kinabalu) kini sertai Vespa Kuantan dan Vespa Johor Baharu yang telah pun dilancarkan sebelum ini.

Bagi merasmikan pembukaan premis tersebut, Vespa Kota Kinabalu berjaya memasuki Malaysia Book of Records apabila menggunakan belon helium menaikan seni grafitti terapung yang tertinggi di negara ini.

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here