Kempen Servis Prihatin Modenas untuk mangsa banjir, potongan sehingga 25 peratus untuk alat ganti, cuci percuma dan banyak lagi

749

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) mengumumkan “Kempen Servis Prihatin MODENAS” bagi meringankan beban kepada pemilik motosikal MODENAS yang mengalami kerosakan akibat banjir kilat baru-baru ini di negeri Selangor dan Pahang.

Dengan kempen tersebut, MODENAS  bersedia untuk menyediakan perkhidmatan kepada pemilik untuk membaiki motosikal mereka supaya dapat berfungsi seperti sediakala.

Kempen akan bermula pada hari ini hingga 31 Disember 2021 dengan menawarkan di bawah “Kempen Servis Prihatin” membabitkan:



  • Caj upah kerja percuma untuk baik pulih biasa (tanpa “overhaul”)
  • Pemeriksaan Percuma
  • Pembersihan motosikal percuma
  • Diskaun sehingga 25% untuk alat ganti
  • Diskaun sehingga 15% untuk alat ganti skuter
  • Diskaun sehingga 70% ke atas caj buruh untuk pembaikan yang melibatkan “overhaul”.

Anda boleh ke Pusat Servis MODENAS terpilih seperti di bawah:

PUSAT SERVIS MODENAS (SHAH ALAM, SELANGOR)

Alamat: No.62 & 64 Jalan Pluto Ay, Seksyen U5 40150 Shah Alam,Selangor

Waktu operasi: 9.00am – 5.00pm

Nombor telefon: 04-4668160

PUSAT SERVIS MODENAS (KUANTAN, PAHANG)

Alamat: No A149, Lorong Seri Teruntum 8,

Jalan Dato Wong Ah Jang, Taman Tunas Maju, 25200 Kuantan, Pahang

Waktu operasi: 9.00am – 5.00pm

Nombor telefon: 09-5123380 /044668199

Untuk maklumat lanjut, pemilik motosikal yang terjejas boleh menghubungi mana-mana Pusat Servis MODENAS yang sah atau menghubungi Talian Careline MODENAS di 1-800-880-181 atau WhatsApp kami di 019-570 8135.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here