Nissan GT-R rempuh Tesla Model X sampai terbelah dua..

2208

Apabila melihat keadaan kenderaan selepas kemalangan, ada yang menjangkakan mangsa yang terlibat mengalami kecederaan teruk bagaimanapun ada juga sebaliknya hanya cedera ringan. 

Seperti mana kemalangan yang berlaku di sebuah bandar berhampiran Pantai Hallandale, Florida yang melibatkan sebuah Nissan Nissan GT-R yang melanggar lampu isyarat merah lalu merempuh sebuah Tesla Model X.



Rempuhan itu menyebabkan badan Tesla Model X terbelah dua bermula daripada bahagian pintu penumpang belakang. Difahamkan kemalangan tersebut turut melibatkan kereta Ford Mustang dan Volkswagen Golf.

Menurut saksi kejadian, Nissan GT-R berwarna putih tersebut memecut laju melanggar lampu merah di persimpangan lampu isyarat Hallandale Beach Boulevard dan Three Islands Boulevard.

Kemudian hentaman kuat dari belakang menyebabkan kereta Tesla itu terbelah dua. Bagaimanapun, pemandu Tesla tersebut hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki begitu juga mangsa lain yang terlibat.

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here