The Rock buat kejutan beri SUV mewah buat ibu..

2153

The Rock atau Dwayne Johnson ternyata bukan sekadar hebat di gelanggang gusti dan layar perak, malah pelakon bertubuh sasa dari Amerika Syarikat itu juga seorang anak yang bertanggungjawab. 

Dia yang popular dalam sekuel filem Fast and Furious itu membuat kejutan apabila menghadiahkan sebuah SUV mewah Cadillac XT5 kepada ibunya sempena hari Natal.



Kemurahan hati The Rock membuatkan ada yang memanggilnya sebagai Santa, sebelum ini dia sudah banyak menghadiahkan kereta kepada ahli keluarga, kawan serta bekas rakan sekerja yang disifatkan sebagai orang penting dalam membentuk kerjayanya.

Malah, ada juga hadiah yang diberikan kepada mereka yang tidak pernah dia kenali sebelum ini.

Menerusi perkongsian video kejutan tersebut di Instagram miliknya, dapat dilihat ibunya Ata yang berusia 73 tahun kelihatan terkejut dengan pemberian tersebut.

Cadillac XT5 dilengkapi dengan enjin 3.0 Twin Turbo V6 yang menghasilkan kuasa 355hp dan tork 367Nm dan harga SUV itu dianggarkan AS30,000 (RM 168,780).

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by therock (@therock)

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here