Polis AS buru pencuri guna helikopter dengan ciri kamera terma

1454

Menerusi satu rakaman yang dikeluarkan polis Massachusetts, menunjukkan pihak berkuasa sedang memburu lima suspek yang mencuri kenderaan di Amerika Syarikat.

Aksi kejar mengejar itu turut melibatkan sebuah helikopter yang dilengkapi dengan kamera pengimejan terma. Kamera inframerah itu biasanya digunakan pada pesawat tentera dan awam yang boleh mengesan, merekod dan mencirikan suhu badan manusia.



Pihak polis yang bertindak atas maklumat selepas dilaporkan mengenai kecurian sebuah kereta itu terpaksa menghentikan operasi mengejar bagi keselamatan orang ramai. 

Namun, helikopter terus mengekori kenderaan pencuri berkenaan dan menerusi video berdurasi 2 minit 20 saat dapat dilihat kesemua suspek meninggalkan kenderaan yang dicuri di sebuah wilayah Brockton sebelum melarikan diri ke arah kawasan hutan.

Bagaimanapun, selepas 10 minit pencuri menemui jalan buntu apabila muncul dua kereta peronda berhenti berhampiran mereka dan kesemua suspek  berjaya ditangkap.

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here