PM: Perodua dan Proton setuju beri diskaun alat ganti 50 peratus

802

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan menjalankan beberapa inisiatif bagi membantu mengurangkan bebanan mangsa banjir.

Kerajaan akan memberikan baucar sebanyak RM1,000 untuk digunakan untuk tujuan pembaikan atau pembelian bagi menggantikan kenderaan peribadi yang rosak sepenuhnya akibat banjir.



Di samping itu, Kerajaan antara lain melaksanakan beberapa inisiatif iaitu menyediakan perkhidmatan tunda kereta melalui Perodua ke pusat servis Perodua secara percuma.

Selain itu, syarikat tersebut bersetuju memberikan kos upah baik pulih secara percuma dan diskaun sebanyak 50 peratus ke atas alat ganti.

“Proton juga bersetuju memberi diskaun alat ganti sebanyak 50 peratus bagi kebanyakan model kereta serta menawarkan caj tunda dan cuci kereta secara percuma di pusat servis sah,” jelasnya. 

Selain itu, beliau menambah hampir semua syarikat kereta lain bersetuju menyediakan perkhidmatan tunda kereta secara percuma dan diskaun sebanyak 25 peratus atau lebih, ke atas alat ganti dan upah baik pulih di pusat servis berdaftar.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here