Pancing ikan, dapat bawa pulang Ford Mustang GT

1446

Lelaki bertuah berjaya membawa pulang sebuah Ford Mustang GT apabila menyertai pertandingan memancing yang di anjurkan Joran Bukit Merah Laketown.

 



Pertandingan yang dianjurkan kelihatan agak unik, apabila orang ramai berpeluang membawa peluang sebuah Ford Mustang tanpa perlu memancing dan hanya perlu membeli t-shirt berharga RM50. 

Siapa sangka lelaki bertuah tersebut yang berusia 24 tahun, datang dari Muar, Johor dan rezeki memenangi cabutan bertuah Mustang tersebut yang bertempat di Tasik Darul Aman Park, Jitra, Kedah.

Harga kereta Mustang GT tersebut dianggarkan sekitar RM450,000 sehingga RM570,000 bergantung kepada varian dan kuasa kudanya.

Namun, sebagai syarat peserta hanya perlu membayar RM100 bagi setiap penyertaan dan untuk menyertai cabutan bertuah peserta hanya perlu menambah RM 40.

Selain Ford Mustang GT, turut ditawarkan wang ringgit bernilai RM175k serta hadiah sehingga ranking ke 100.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here