Anggota polis pecah cermin kereta, ingatkan bayi rupanya…..

1550

sebelum ini sudah banyak kes melibatkan ibu bapa yang tertinggal anak di dalam kenderaan bahkan ada yang maut. 

Namun, seorang wanita mendakwa dia dimalukan selepas polis memecahkan cermin tingkap kereta dan menahannya atas kesalahan yang tidak dilakukan.



Bertindak atas laporan, polis memecahkan cermin tingkap kereta wanita tersebut bagaimanapun mendapati ‘bayi’ yang ditinggalkan itu sebenarnya anak patung yang di letakkan di atas kerusi kanak-kanak. 

Ketika kejadian Amy McQuillen, 36, sedang membeli-belah bersama anak perempuannya, dan difahamkan sebelum keluar dari kenderaan kanak-kanak perempuan itu mengikat anak patung itu pada kerusi kanak-kanak. 

Bagaimanapun sekembalinya mereka kira-kira 15 minit kemudian, Amy disambut dua pegawai polis yang berdiri di sebelah kereta jenama Nissan Qashqai miliknya dalam keadaan cermin pecah.

“Mereka menggari tangan kanan saya. Saya memberitahu mereka bahawa ia merupakan anak patung, lalu mereka membuka gari tersebut.

“Saya tidak tahu sama ada ingin menangis atau ketawa. Namun, saya juga mungkin bertindak sedemikian jika berada di tempat mereka kerana patung itu berada di kerusi kanak-kanak,’’ jelasnya. 

Namun difahamkan pihak polis memohon maaf atas kejadian yang berlaku dan akan membayar ganti rugi kerosakan pada tingkap tersebut.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here