Terkejut.. pengguna jumpa trak pikap panjat dinding di Google Maps

1411

Seorang pengguna aplikasi pemetaan Google Maps terkejut apabila ternampak sebuah kenderaan yang selolah-olah sedang memanjat dinding bangunan.

Kenderaan yang tergantung pada dinding bangunan tersebut menarik perhatian ramai di media sosial, apabila kedudukannya seakan watak adiwira komik Marvel, Spider-Man.



Namun trak pikap tersebut sebenarnya digantung dan dilekatkan pada sebuah bangunan pengedar kereta di Republik Dominika dan menggunakan warna tema Spider-Man yang diilhamkan oleh Santo Domingo Motors.

Syarikat Santo Domingo Motors merupakan bilik pameran kereta terpakai yang ditubuhkan pada 1920. Namun penambahan cat mewakili kostum Spider-Man baru-baru ini telah menarik perhatian pengguna di laman Reddit.

Perkongsian tersebut dimuat naik di laman perkongsian Reddit dan mendapat lebih 400 undian positif dengan beberapa komen dari orang ramai meminta lokasi kejadian dikongsikan supaya mereka boleh melihat sendiri trak itu.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here