Positif Covid-19 wanita ini kurung diri dalam tandas pesawat

1898

Seorang wanita menjalani kuarantin selama lima jam di dalam tandas kapal terbang selepas disahkan positif Covid-19 ketika di tengah penerbangan dari Chicago ke Iceland.

Marisa Fotieo, yang merupakan seorang guru dari Amerika Syarikat, berkongsi video tersebut di Tiktok @marisaefotieo yang telah mencecah empat juta jumlah tontonan, namun ramai persoalkan bagaimana dia dibenarkan menaiki pesawat tersebut.



Menurut Marisa Fotieo, sebelum menaiki pesawat dia sudah menjalani ujian Covid-19  dan mendapati kedua-kedua ujian negatif kemudian tekaknya terasa sakit semasa dalam penerbangan dari Chicago ke Reykjavi.

Namun, dia disahkan positif setelah melakukan ujian pantas Covid-19 menggunakan kit dibawanya dan difahamkan dia secara sukarela mengurung diri di dalam tandas kapal terbang selepas dijangkiti Covid-19.

Dia yang kekal berada di dalam tandas semasa penerbangan, dengan seorang pramugari menyediakan makanan dan minuman kepadanya. Bagaimanapun, sebaik tiba di Iceland, Fotieo mengasingkan dirinya di sebuah hotel.

“Ia adalah pengalaman yang ‘gila’. Terdapat 150 orang di dalam pesawat dan ketakutan terbesar saya adalah virus ini menjangkiti mereka.

“Pramugari memastikan saya mempunyai semua yang saya perlukan untuk lima jam berikutnya, daripada makanan hingga minuman dan sentiasa datang memeriksa bagi memastikan saya berada dalam keadaan baik,’’ kata Fotieo.

@marisaefotieo

Shout out to @Icelandair for my VIP quarantine quarters.. luxuryliving imsolucky covid vaccinated fyp viralvideotiktok quarantine

♬ I’m So Lucky Lucky – Grandzz

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here