TLDM jalani latihan perang di perairan Selat Melaka uji kesiagaan

1267

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memberitahu, Markas Pemerintahan Armada Barat (MPAB) meneruskan kesinambungan latihan kesiagaan yang dilaksanakan secara berkala.

Latihan Perang Pangkor siri 1/22 di sekitar perairan Selat Melaka baru-baru ini, ia bagi menguji serta menilai tahap kesiagaan dan keupayaan armada serta warganya dalam melaksanakan tugasan teras di lapangan.



Latihan kesiagaan ini adalah merupakan pendekatan efektif bagi mengekalkan tahap profesionalisme warga agar sentiasa berada pada tahap yang tertinggi dalam mendepani sebarang situasi konflik atau peperangan sebenar.

Menurut kenyataan itu, Latihan Perang Pangkor siri 1/22 kali ini disertai beberapa aset TLDM iaitu frigat KD Jebat dan KD Gempita serta disokong oleh bot tempur laju TLDM.

“Pelbagai siri latihan telah berjaya diterjemahkan sepanjang latihan berlangsung meliputi aspek latihan navigasi, komunikasi, ilmu kelautan dan peperangan.

“Sebagai nilai tambah, latihan mengawal kebanjiran dan melawan api juga turut dilaksanakan bagi menguji tahap kesediaan warga kapal dalam menghadapi sebarang kemungkinan luar jangka,” ujar kenyataan tersebut.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here