Gara-gara ikut GPS, lori tergantung tiga hari di tebing gunung

1555

Berpantang maut sebelum ajal, sebuah lori hampir terjatuh ke gaung apabila mengikuti arahan navigasi GPS.

Difahamkan pemandu tersebut mengikut laluan tersebut seperti diarahkan GPS hingga menyebabkan bahagian kepala lori tergelincir dan tergantung selama tiga hari di tebing pergunungan setinggi 100 meter itu.



Kejadian itu berlaku apabila pemandu lori berkenaan cuba mengelak laluan berbatu dan sempit di jalan raya paling bahaya yang terletak di pergunungan Provinsi Shanxi, China utara.

Pemandu dan pembantunya berjaya menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan, namun dikatakan mengalami trauma.

Bagaimanapun, lori tersebut berjaya diselamatkan selepas tiga hari tergantung menggunakan tiga jengkaut untuk menarik lori tersebut ke landasan selamat.

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here