Ini 5 supercar diberi pengeluar hanya untuk ‘dilenjan’ dan dimusnahkan dalam filem…

1832

Kehebatan filem-filem aksi Hollywood menampilkan babak mendebarkan antara kunci jualan menjadikan produk mereka sukses. 

Bahkan tidak hairan, jenama automotif berbesar hati menaja beberapa kenderaan mereka termasuk model yang belum dipasarkan untuk babak filem. 



Pada masa sama, mereka yakin nilai jenama akan melambung tinggi selepas membintangi filem-filem terkenal. Ia seolah-olah menghasilkan iklan, tanpa perlu keluar modal yang besar. 

Berikut lima jenama kereta paling mahal dan baharu yang dimusnahkan begitu saja dalam filem Hollywood.

5. Porsche 917 – Le Mans

Porsche 917 yang dikhususkan untuk kegunaan trek ini berharga sekitar AS19 Juta (RM79 juta). Model ini digunakan dalam filem Le Mans yang mula ditayangkan pada tahun 1971.

Walaupun filem tersebut termasuk dalam senarai pecah panggung, namun pasukan produksi hampir muflis. 

Ia kereta paling penting dalam sejarah Porsche apabila buat pertama kali menjuarai perlumbaan Le Mans 24 Hours (1970). Sehingga kini, kenderaan itu masih lagi mahal setiap kali dijual menerusi bidaan.

4. Lykan Hypersport – Fast And Furious 7

Untuk filem Furious 7, pihak penerbit meminta W Motors menyediakan 10 unit kereta replika untuk digunakan sebagai kenderaan aksi lasak. Nasib baik replika!

Ketika ia mula dilancarkan kepada umum, Lykan Hypersport merupakan kereta produksi ketiga paling mahal di dunia dengan harga jualan bermula dari AS3.4 juta (RM14 juta).

3. Lamborghini Huracán – Doctor Strange

Masih ingat bagaimana Dr Strange mendapat kuasa?, jom kita imbas kembali sebelum mendapat kuasa, dia terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan Dr Strange hilang keupayaan saraf. Dalam insiden itu, dia memandu kereta mewah Lamborghini Huracan yang turut musnah.

Lamborghini Huracan yang menggantikan model Gallardo itu berharga sekitar AS300,000 (RM 1.2 juta) menjadikan model ini merupakan model Lamborghini yang terlaris di abad ini.

2. 1967 Shelby Mustang GT500 – Gone In 60 Seconds

Beberapa babak dalam aksi Gone In 60 Seconds membabitkan 11 unit Mustang GT500 yang dibina dan digunakan sepanjang penggambaran.

Ford Mustang GT500 (1967) yang pernah digunakan dalam filem tersebut sudah dilelong pada harga AS1 juta (RM4.1 Juta) di lelongan Mecums Indianapolis pada 2013.

1. Lamborghini Miura P400 – The Italian Job

Lamborghini Miura dianggap sebagai supercar terbaik dan terkenal selepas muncul dalam babak pembukaan filem The Italian Job.

Bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika kereta ini kini dilelong dengan harga melebihi AS2 juta (RM8.5 juta), kerana sejak pertama kali diperkenalkan kepada dunia pada tahun 1960-an ia hanya dihasilkan dalam 800 unit di dunia.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here