Kereta api ‘lupa’ berhenti Stesen Kuala Gris, kakitangan terlibat digantung kerja

986

Susulan kejadian kereta api tidak berhenti di Stesen Kuala Gris, Kuala Krai, Kelantan pagi tadi, pihak KTM menggantung tugas kakitangan yang terlibat dan tindakan disiplin akan diambil sekiranya berlaku kecuaian.

Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), syarikat itu memandang serius dan berasa kesal dengan kejadian yang berlaku.



“Siasatan telah dijalankan dan pihak KTMB mengesahkan tren Shuttle Timuran No 51 yang berlepas dari Stesen Tumpat pada jam 4.05 pagi tidak berhenti di Hentian Kuala Gris pada jam 7.08 pagi.

“KTMB memohon maaf kepada pelajar, ibu bapa dan pihak sekolah yang terlibat dan kesal dengan kejadian yang berlaku. Tindakan penambahbaikan akan dilakukan secara berterusan dan KTMB menjamin insiden yang sama tidak akan berulang pada masa depan,” katanya.

Pagi tadi akhbar tempatan melaporkan kira-kira 100 pelajar di Kampung Kuala Gris terkandas apabila kereta api yang sepatutnya tiba jam 7 pagi tidak berhenti. 

Selepas menunggu 30 minit, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk pulang ke rumah dan tidak hadir ke sekolah. Ini kerana pelajar berkenaan perlu menaiki kenderaan sejauh 10km dengan masa perjalanan 25 minit berbanding 17 minit menaiki kereta api. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here