Senarai kerugian pasukan F1 tanggung kos baik pulih musim lalu, ada sampai RM20 juta

1504

Tidak hairan jika harga tiket untuk menonton aksi Formula Satu (F1) di litar begitu mahal kerana pasukan di kelas pertengahanpun perlu berbelanja sekitar AS120 juta (RM521 juta) semusim.

F1 merupakan sukan yang sangat mahal dengan melibatkan pelbagai kos seperti perjalanan pasukan, gaji pelumba, krew, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta banyak lagi. 



Hakikatnya bukan mudah untuk mencapai kejayaan di perlumbaan F1, kerana setiap pasukan perlu membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk memiliki jentera yang hebat malah kos kerosakan akibat kemalangan menjadi cabaran terbesar bagi pasukan.

Seperti mana dilalui oleh pasukan Hass, dari Amerika Syarikat  yang merupakan muka baru musim lalu bahkan mereka juga melengkapkan perlumbaan dengan kosong mata.

Malah pasukan tersebut merupakan pasukan teratas yang menanggung kos kerosakan yang tertinggi sehingga mencecah euro 4,212,500 (RM20.1 juta), selepas pemandu pasukan Haas, Mick Schumacher mengalami kemalangan.

Juara dunia F1 (2021), Max Verstappen pula berada di tempat ketiga dengan kos yang perlu ditanggung sehingga euro 3,889,000 (RM18.5 juta).

Selain itu, berikut senarai kos kerosakan yang perlu ditanggung setiap pasukan musim lalu.

Bil Pemandu Pasukan Kos Keroskan (RM)
1 Mick Schumacher Haas 20,143,521
2 Charles Leclerc Ferrari 19,347,344
3 Max Verstappen Red Bull 18,596,594
4 Nicholas Latifi Williams 14,902,619
5 Valtteri Bottas Mercedes 12,975,536
6 Lance Stroll Aston Martin 12,844,035
7 Yuki Tsunoda AlphaTauri 12,463,878
8 Nikita Mazepin Haas 11,801,593
9 Kimi Raikkonen Alfa Romeo 9,324,597
10 George Russell Williams 8,822,503
11 Carlos Sainz Ferrari 8,396,919
12 Lando Norris McLaren 6,948,020
13 Lewis Hamilton Mercedes 5,905,578
14 Pierre Gasly AlphaTauri 5,322,193
15 Sergio Perez Red Bull 4,490,152
16 Antonio Giovinazzi Alfa Romeo 4,083,695
17 Daniel Ricciardo McLaren 3,409,455
18 Sebastian Vettel Aston Martin 3,156,017
19 Fernando Alonso Alpine 1,506,281
20 Esteban Ocon Alpine 1,338,916

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here