Bermula April depan calon bakal jalani ujian memandu secara automasi

1625

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan sistem ujian lesen memandu secara automasi atau ‘e-Testing’ di seluruh negara mulai April ini.

Sistem ini sudah dipraktikkan di Korea dan Jepun yang mana bagi meningkatkan integriti dan kebolehpercayaan masyarakat terhadap sistem pengujian lesen memandu yang diadakan secara elektronik.



Menerusi sistem itu, pegawai penguji JPJ akan memantau dari bilik kawalan, segala arahan atau kesalahan yang dilakukan oleh calon terbabit akan dipantau serta ditegur melalui bilik kawalan khas yang disediakan di Institut Memandu. 

Manakala calon yang diuji akan memandu sendirian dalam kenderaan, dan calon perlu melalui enam peringkat iaitu belajar dalam kelas, litar dan jalan raya. Selain dapat mengurangkan jumlah pegawai JPJ bertugas, keputusan ujian memandu juga akan dijana secara terus.

Bagi sesi pembelajaran dalam kelas dan jalan raya tiada perubahan, sebaliknya hanya sesi ujian litar sahaja ada sedikit perubahan iaitu pegawai dan calon tidak akan duduk sekali dalam kereta.

Setakat ini 232 institut memandu di seluruh negara dan mereka boleh membeli aplikasi e-Testing menerusi pusat penyedia yang dilantik JPJ.

JPJ akan mengadakan pemeriksaan dari masa ke semasa sama ada modul yang digunakan institut memandu e-Testing itu menepati enam elemen ditetapkan JPJ.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here