Selepas banyak aduan, PLUS bakal ganti tag RFID secara percuma…

1338

Selepas dua hari menerima kecaman teruk akhirnya PLUS Malaysia mengumumkan bakal menggantikan pelekat RFID pengguna yang tidak berfungsi dengan baik.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan, PLUS memberitahu sekiranya pengguna masih mengalami masalah pengesanan kod pelekat RFID selepas ujian, pihak Touch n Go akan menggantikan tag berkenaan secara percuma.



Di samping itu, pihak PLUS akan menyediakan kakitangan di laluan tol bagi mengimbas tag RFID. Sekiranya tag masih tidak dapat dikesan, kupon untuk diagnostik pengesanan penuh di pusat fitmen Touch ‘n Go yang terdekat akan disediakan. 

Sementara itu, FMT melaporkan pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia bakal menemui PLUS Malaysia dan Touch ‘n Go bagi membincangkan kadar bayaran pelekat RFID. 

Menurut sumber, buat masa ini pihak kerajaan cuba meredakan kemarahan pengguna. Susulan pelekat berharga RM35 itu tidak boleh dipasang dalam kenderaan. Jadi pengguna perlu melakukan pemasangan di bahagian luar sama ada cermin atau lampu depan. 

“Masalah di sini adalah haus dan lusuh serta boleh merosakkan selepas beberapa kali membasuh kereta,” kata sumber.

Beliau mengakui perkara ini menimbulkan rungutan dalam kalangan pengguna mengenai kos pertukaran kepada RFID.

“Idea untuk beralih kepada RFID daripada Touch ‘n Go dan SmarTAG adalah idea yang bagus, tetapi semuanya mesti berjalan lancar,” katanya.

“Kerajaan telah memberitahu PLUS dan Touch ‘n Go untuk memastikan semuanya teratur.”

Sebelum ini, mantan Perdana Menteri, Najib Razak mempersoalkan harga jualan tag RFID sedangkan secara online kos harga pelekat tersebut boleh diperolehi di bawah RM1. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here