Santai swafoto sebelum kereta tenggelam, orang lain pula yang panik

857

Seorang wanita sempat berswafoto bersama kenderaan miliknya sebelum tenggelam di sebuah sungai di Old Mill Way, Kanada.

Kejadian tersebut berlaku apabila wanita tersebut bertindak memandu keretanya di atas permukaan sungai yang beku lalu terkandas apabila ais mula mencair.



Lebih mengejutkan dia begitu santai berdiri di bonet belakang kenderaan dan mengambil gambar ketika kenderaannya tenggelam. 

Namun, sekumpulan penduduk tempatan yang berada di lokasi kejadian bertindak pantas  menyelamatkan wanita itu menggunakan kayak dan seutas tali untuk menariknya ke tempat selamat.

Walaupun tiada kecederaan dilaporkan, tindakan wanita itu berswafoto dalam keadaan genting mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen di media sosial.

Ada ciapan di Twitter yang mengecam tindakan wanita terbabit.

“Dia sempat berswafoto ketika orang ramai sedang bertungkus lumus mahu menyelamatkannya,” kata ciapan itu.

Bagaimanapun, ada netizen yang memuji tindakan itu dengan menganggap wanita itu kekal tenang dalam keadaan bahaya itu.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here