Batal permit sekolah memandu tidak praktikal, tak ada lagi negara lain buat

1502

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semalam menyatakan cadangan menggantung atau membatalkan permit institut memandu yang didapati melahirkan ramai calon yang terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Menurut Presiden Persatuan Institut Memandu Malaysia (Pima), Mat Aris Bakar, cadangan berkenaan tidak praktikal.



Tidak adil untuk menyalahkan institut memandu jika ramai calonnya yang memiliki lesen memandu, namun terlibat dalam kemalangan atau melanggar peraturan jalan raya.

“Cadangan ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana negara di dunia. Benar latihan dibuat oleh institut memandu, tetapi ujian dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), malah semua kurikulum ditentukan JPJ.

“Semua penceramah yang dibenarkan mengajar teori dan praktikal juga telah dilatih, diuji dan dilesenkan oleh JPJ. Institut memandu melatih calon, tetapi yang menguji dan menentukan tahap kompetensi calon adalah JPJ.

“Jika calon didapati tiada kompetensi (oleh JPJ), maka tidak layak (dapat lesen memandu daripada JPJ),” katanya.

Faktor kemalangan jalan raya bukan hanya tentang aspek pendidikan, sebaliknya melibatkan banyak faktor lain, termasuk kejuruteraan, penguatkuasaan, pemantauan dan keada­an persekitaran yang harus diteliti dalam menangani isu kemalangan jalan raya.

Sebagai contoh di Jepun, mereka memasang kamera di setiap lampu isyarat sejak tahun 1991 bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi undang-undang. Hasilnya, tiada siapa berani langgar lampu isyarat kerana boleh menyebabkan lesen memandu ditarik.

Menurutnya lagi, cadangan itu juga seolah-olah tidak menghargai sumbangan 233 institut memandu di seluruh negara termasuk 180 ahli Pima dalam membantu memastikan setiap pemandu kenderaan diberi latihan sewajarnya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here