#Spyshot: Kapcai baharu Yamaha dikesan sedang diuji di Sungai Buloh?

1730

Pemilik akaun Facebook Nik Zayne berkongsi sekeping imej spyshot sebuah kapcai sedang menjalani ujian enduran di Sungai Buloh, Selangor. 

Seperti mana kita ketahui, ibu pejabat Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terletak di Sungai Buloh dan ada kemungkinan imej intip itu merupakan produk baharu Yamaha.



Sekali imbas, kapcai itu mirip Yamaha Sirius FI versi facelift yang diperkenalkan di Vietnam hujung tahun lalu.

Fairing sisi yang tirus dan rekaan lampu belakang begitu mirip dengan Sirius. Cuma imej intip didatangkan dengan signal capang di belakang. 

Yamaha Sirius dijana oleh enjin 114cc, 4-lejang silinder tunggal SOHC yang menghasilkan kuasa 8.7hp @ 7,000rpm dengan tork 9.5Nm @ 5,500rpm. Penghantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi kotak gear 4-kelajuan.

Di Vietnam, kapcai itu didatangkan dengan pilihan rim sport dan jejari. Sementara motosikal ujian menggunakan rim sport. Adakah HLYM bakal menawarkan dua pilihan rim seperti mana pasaran Vietnam?.

Yamaha Sirius FI versi facelift menerima rombakan reka bentuk dengan tambahan set lampu depan yang lebih panjang dan rekaan lampu signal lebih menarik.

Bagaimanapun lampu depan masih menggunakan jenis halogen dan instrumen meter analog.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here