Kapal layar mega 558 kaki dengan tiang fleksibel

4408

Pereka kapal layar yang berpangkalan di California, Steve Kozloff mendedahkan model konsep kapal layar mega yang dikenali sebagai Glory.

Kapal layar itu dilengkapi dengan tiga tiang inovatif yang boleh dipusing dan direndahkan mengikut kesesuaian.



Kapal 558 kaki itu ialah model terbaharu bagi siri kapal layar ‘lipat’ Goliath Kozloff yang merangkumi kapal layar penjelajah kelas ais Elegante yang didedahkan Disember lalu.

Kapal tersebut dilengkapi dengan teknologi pengesanan bebanan yang memberitahu kapten bukaan rig layar selain komponen itu boleh dijatuhkan dan ditetapkan secara automatik dengan pantas. 

Badan kapal keluli dan struktur aluminium, Glory direka untuk pelayaran global. Ia dilengkapi dengan sistem pendorong diesel-elektrik hibrid 6,000hp yang menawarkan kelajuan tertinggi 17 knot dan perbatuan 6,709 batu nautika apabila melakukan perjalanan pada kelajuan pelayaran 14 knot.

Apabila menggunakan layar seluas 30,000 kaki persegi, Glory dilaporkan boleh mencapai 12 knot. Sudah tentu, motor dan layar juga boleh berfungsi serentak untuk jarak perbatuan dan kelajuan yang lebih besar.

Sistem Solid Sail baharu yang direka oleh pereka pakaian Perancis  Chantiers de L’Atlantique, menawarkan lebih banyak kelebihan berbanding rig tradisional.

Ketiga-tiga tiang itu boleh condong 70 darjah ke depan untuk mengurangkan draf udara daripada 237 kaki kepada 134 kaki dan membolehkan kapal melalui bawah jambatan. Setiap tiang juga boleh berputar 360 darjah penuh untuk memaksimumkan kuasa angin.

Kapal lima tingkat menawarkan penginapan sehingga 26 tetamu dan 40 anak kapal serta suite seluas 1,500 kaki persegi. Sebuah bar piano besar di dek atas dipenuhi dengan marmar Itali TB Marmi.

Di luar, Glory dilengkapi dengan hangar 2,028 kaki persegi dan pad pendaratan yang boleh menempatkan sehingga dua helikopter atau tiga eVTOL.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Steve Kozloff (@thegoliathseries)

Selain itu, ruangan garaj boleh menyimpan empat bot, dua kapal selam Nemo U-Boat Worx dan mainan air lain. Manakala dua kren besar membantu operasi menyimpan dan mengeluarkan bot dan peralatan.  

Sebagai tambahan, kapal layar ini mempunyai kolam renang yang besar di dek atas dan kelab pantai dengan dek boleh ditarik ke belakang.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here