Lelaki ini minta pendapat gaji RM1,300 nak beli Perodua Ativa AV…lepaske?

11930

Tidak salah untuk memasang impian memiliki kenderaan lebih besar dan selesa. Bagaimanapun, seharusnya anda perlu mengukur baju di badan sendiri.

Sebelum ini, banyak perkongsian di media sosial yang menunjukkan individu dengan gaji di bawah RM3000 ingin memiliki Honda City mahupun Civic.



Baru-baru ini seorang pengguna Facebook meminta pendapat ahli grup Ativa Club Malaysia.

“Salam, nak tanya. Basic 1,300, bersih 3,000. Lepas tak kalau nak ambil Ativa AV?. Elok buat full loan or 10 peratus ye??, ade suggest tak loan mana yang berbaloi?,” tulisnya.

Berdasarkan perkongsian itu, gaji pokok lelaki tersebut agak rendah dan bergantung kepada komisyen, kerja lebih masa mahupun bonus. 

Setelah tolak perbelanjaan termasuklah KWSP dan Socso lelaki berkenaan menerima gaji bersih sebanyak RM3000.

Rata-rata pengikut kelab berkenaan memberi respons agar dia berfikir panjang. Ini kerana memiliki kereta baharu bukan hanya bayaran bulanan.

Pemilik perlu mengambilkira perbelanjaan petrol, parkir, tol, cukai jalan dan servis berjadual. Bagaimana pula dengan kos hidup misalnya, bil telefon, makan, minum, sewa rumah dan sebagainya.

Pihak bank juga mempertimbangkan perkara sedemikian, bahkan jika individu itu sudah berkahwin, tidak logik untuk bank memberikan pinjaman.

ALIRAN TUNAI MEMBEBANKAN

Berdasarkan kiraan kasar Motoqar, harga jualan Perodua Ativa 1.0L AV berwarna metalik adalah RM71,200. Tanpa deposit dan pinjaman sembilan tahun (faedah 3.4 peratus), bayaran bulanan adalah sekitar RM861. Agak membebankan bagi gaji di bawah RM3000.

Perlu diingatkan kadar bunga sering berubah, lebih baik anda bertanya pada bank tentang kadar sewa beli terkini. 

Bahkan, untuk mendapat kelulusan daripada pihak bank juga tidak mudah dan memerlukan penjamin. Selain itu, pihak bank tidak mengambilkira elaun dalam gaji anda misalnya elaun pengangkutan, elaun telefon, dan tuntutan perjalanan. 

Apabila ingin memiliki sebuah kereta baharu, soalan pertama adakah anda mampu?. Agar tidak membebankan di kemudian hari, anda perlu membuat kiraan jumlah gaji tahunan atau pastikan bayaran bulanan tidak lebih 15 peratus daripada gaji bersih.

Contoh gaji RM3,000:

  1. RM3,000 x12 bulan = RM36,000

2. 15% X RM3,000 = RM450

Jadi, disarankan mengambil kereta yang nilainya di bawah RM36,000 dan bayaran bulanan tidak melebihi RM450. Kereta apakah yang sesuai jika gaji anda di bawah RM3,000?, boleh baca artikel kami sebelum ini. 

Beli ikut kemampuan bukan kelayakan, jika anda tidak mahu aliran tunai rabak!.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here