Jet peribadi Bombardier Global 8000 terpantas dunia kelajuan supersonik

1991

Perlumbaan untuk menyambung semula pesawat penumpang dengan kelajuan supersonik hampir dua dekad selepas persaraan Concorde kembali memberi harapan apabila Bombardier mendedahkan rekod pencapaian kelajuan tinggi model baharunya.

Syarikat Kanada itu berkata, Global 8000 dalam pembangunan itu akan menjadi jet perniagaan terpantas dan jarak terjauh yang dibina khas di dunia. Pesawat berkenaan dikatakan bakal melakukan debut pada 2025.



Ujian penerbangan untuk Global 8000 telahpun bermula pada kenderaan ujian penerbangan Global 7500. Bombardier berkata pesawat Global 8000 itu mampu terbang sejauh 14,800km dan kelajuan tertinggi Mach 0.94 (1,161kmj).

Dengan kapasiti sehingga 19 penumpang, ia mampu terbang sejauh 14,800km yang mana julat luar biasa itu membolehkan jet peribadi itu terbang tanpa henti ke bandar-bandar seperti Los Angeles dan Singapura serta London dan Perth.

Sepasang enjin GE Passport digunakan untuk membekalkan tujahan yang dipadankan dengan Smooth Flex Wing bagi meningkatkan kelancaran penerbangan dan membolehkan kawalan dan ketangkasan pada semua kelajuan.

Ketinggian kabin bersamaan dengan 2,900 kaki menawarkan konfigurasi lebih mewah yang boleh menempatkan ruang tidur dan ruang tamu untuk santai. Bombardier juga menawarkan tempat duduk Nuage graviti sifar yang unik serta bahagian dapur.

Penumpang juga boleh menikmati sambungan Internet. Bagi juruterbang pula, terdapat sistem bantuan navigasi terkini termasuk paparan HUD dalam kabin dan kawalan secara fly-by-wire. 

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here