MyBi lego guna 1.27 juta blok dipamer di Publika, lebih mahal daripada King asli!

3461

Perodua Myvi merupakan model popular perusahaan automotif kedua nasional bahkan hatchback kompak itu digelar sebagai King di media sosial susulan segelintir pemiliknya yang sering memecut laju di lorong kanan lebuhraya.

Lebih menarik  sebuah model Myvi saiz sebenar yang diperbuat daripada blok lego dipamerkan di pusat membeli belah Publika. Model itu dibangunkan oleh Bryks Art menggunakan 1.27 juta blok lego.

Berdasarkan keterangan yang dikongsi pada model MyBi Extreme 1.5 itu pihak yang terlibat mengambil masa dua bulan untuk memasang model King berwarna kuning tersebut yang melibatkan 15 individu. 



Boleh dilihat bahagian lampu depan, belakang dan kabus berfungsi seperti kenderaan asli bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada stereng boleh dipusing atau sebaliknya. 

Lebih menarik kemasan dalam kabin juga mirip dengan Myvi asli yang menggunakan kemasan merah pada bahagian kerusi. Begitu juga papan pemuka, tombol kawalan dan tombol gear serta skrin yang diletakkan di bahagian tengah.

Bahkan sistem audio MyBi berkenaan juga berfungsi yang memainkan alunan lagu raya. Selain itu, pihak Bryks Team juga menggunakan suspensi, brek, tayar dan rim asli. Namun begitu, kos pembangunan model tersebut tidak diketahui!.

Tidak banyak informasi berkaitan Bryks Art mahupun Perodua MyBi tersebut. Jika anda ingin melihat dengan lebih dekat model berkenaan bolehlah mengunjungi Publika yang mana hatchback tersebut akan dipamerkan hingga 29 Mei ini.

@motoqar

Myvi lego yang viral tu. #tiktok #viral #myvi #lego

♬ original sound – Motoqar – Motoqar

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here