‘Dibunuh’ oleh Chiron, Bugatti 16C Galibier ini ‘dibuang’ dalam senarai keluaran…

2540

Kejayaan Bugatti Veyron pada 2009 yang mendapat pelbagai anugerah dan pujian tentunya selepas itu pasukan hypercar berkenaan akan menumpukan kepada tunggangan baharu yang lebih mewah dan berprestasi. 

Sebenarnya Bugatti merancang mengeluarkan sebuah model bersama Veyron. Bugatti 16C Galibier atau Bordeaux diperkenalkan sebagai model konsep pada 2009. Sehingga 2013, orang ramai menganggap model itu bakal memasuki barisan pengeluaran.



Reka bentuk badan yang cantik, trenkuasa prestasi tinggi dan mungkin dengan kapasiti yang hebat untuk mencapai populariti Veyron. Ramai menjangkakan kemunculan hypercar yang satu ini. 

Sayangnya pengeluar Perancis itu menyerah pada model konsep tersebut selepas empat tahun bekerja (dan teaser) lalu mengalihkan tumpuan kepada Chiron yang membuatkan ramai kecewa dengan pelancaran 16C Galibier yang tidak jadi itu.

Jom..kita lihat lebih dekat kereta konsep Bugatti ini dan meneroka sebab Bugatti 16C Galibier boleh dipertimbangkan sebagai model tambahan yang luar biasa buat jenama itu.

Bugatti mengetengahkan tiga nilai utama ketika membangunkan Galibier (dan semua model lain): Arte, Forme dan Technique. Menerusi konsep ini, pasukan jurutera bereksperimen dengan bahan baharu sehingga mereka membina sebuah kereta empat pintu bernama Galibier.

Menurut Bugatti, ia sepatutnya menjadi kereta paling eksklusif dan elegan yang pernah dibangunkan. Galibier 16C dipasang daripada gentian karbon buatan tangan yang dicat dengan warna biru tua.

Warna itu dikatakan berkilauan di bawah sinaran cahaya, menyerlahkan struktur badan dan menonjolkan penampilan sebuah hypercar lebih berkuasa. Selain itu, gentian karbon sesuai dengan teras Technique sebagai bahan super ringan yang meningkatkan prestasi Galibier.

Secara umumnya, Bugatti 16C Galibier kelihatan sporty dalam setiap aspek, tetapi ia turut menampilkan keanggunan salun empat pintu. Ditakrifkan daripada satu slop dari bumbung ke ekor, hud panjang, lampu LED bulat dan gril radiator unik, Galibier menyerupai dan menonjol dari Veyron pada masa sama.

Sementara, bahagian kabin empat tempat duduk yang luas dibalut dengan peralatan suis kulit dan seperti permata acah Rolls-Royce. Terdapat skrin besar di bahagian tengah konsol.

Malah, jam turbillon Parmigiani yang diletakkan dalam Galibier itu boleh ditanggalkan dan disarung pada pergelangan tangan. 

Hanya kerana Bugatti 16C Galibier ditetapkan sebagai model pengenalan asas Bugatti, tidak bermakna hypercar konsep itu tidak berkuasa. Seperti Veyron, model ini menyasarkan untuk menjadi kereta terpantas berkat enjin 8.0 liter W16 berkembar supercaj.

Angka prestasi tidak pernah dikeluarkan, tetapi adalah adil untuk mengandaikan bahawa ia akan menjana lebihan 900hp dan mencapai kelajuan tertinggi 405kmj.

Malangnya, 16C Galibier adalah kereta konsep yang dilupakan. Tiga belas tahun berlalu sejak ia diperkenalkan dan banyak perkara dalam dunia automotif telah berubah. Bugatti moved on!.

Tetapi kita tidak pernah tahu akan datang, namun bagi kami 16C Galibier mempunyai potensi besar untuk menjadi kereta empat pintu yang paling cantik dan berkuasa pada tahun 2009 malah sehingga 2013.

Jadi, tidak terkejut jika Bugatti kembali kepada Galibier dengan versi baharu dan moden serta ciri yang lebih menarik.

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here