[Video] Saintis temui ‘jalan raya’ di dasar lautan Pasifik

8499

Baru-baru ini, sekumpulan saintis dari ekspedisi Ocean Exploration Trust menemui struktur aneh berupa jalan raya di dasar lautan Pasifik dari utara kepulauan Hawaii.

Penemuan struktur di kedalaman 3,000 meter itu dinamakan ‘Yellow Brick Road’ dan juga ‘The Road to Atlantis’ kerana bentuknya seperti jalan susunan bata binaan manusia.



Para saintis marin di atas kapal Exploration Vessel Nautilus menamakannya sebagai ‘The Road to Atlantis’ kerana penampilan tanah pada struktur tersebut.

Pasukan penyelidik ketika itu melakukan kajian berkaitan gunung bawah laut yang terbentuk daripada aktiviti gunung berapi sekitar kawasan rabung Liliʻuokalani di Monumen Nasional Marin Papahānaumokuakea (PMNM) Lautan Pasifik.

Pasukan itu menggunakan kenderaan yang dikendalikan dari jauh di salah satu kawasan marin terbesar di dunia tersebut di barat laut pulau Hawaii, dan ia merangkumi 583,000 batu persegi perairan lautan bersama-sama dengan 10 pulau.

Seperti yang boleh didengar dalam video itu, salah seorang saintis berkata: “Ia adalah jalan ke Atlantis,” manakala satu lagi menyerupai “Jalan Bata Kuning” dalam novel kanak-kanak The Wizard of Oz.

Walaupun pembentukan itu sangat menyerupai jalan bata buatan manusia dengan bongkah segi empat tepat, ia sebenarnya adalah corak rekahan di dasar laut yang merupakan “contoh geologi gunung berapi aktif purba”.

Menerusi kapsyen video YouTube itu menjelaskan struktur 90 darjah yang unik berkemungkinan berkaitan dengan tekanan pemanasan dan penyejukan daripada letusan. 

Ocean Exploration Trust turut menyiarkan secara langsung pengembaraan kapal dan memberikan penonton pandangan secara langsung rakaman kamera kenderaan menyelam  dalam lautan.

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here