Pegawai imigresen enggan cop pasport, Rajapaksa dan 14 ahli keluarga tak lepas naik pesawat

2063
 
Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa disekat berlepas ke luar negara selepas enggan menyertai barisan awam di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike bagi pemeriksaan pasport oleh pegawai imigresen.
 
Menurut sumber tentera berpangkat tinggi kepada CNN, pembantu Rajapaksa tiba di lapangan terbang Colombo pada Isnin dengan 15 pasport milik presiden dan ahli keluarganya termasuk isterinya Ioma Rajapaksa yang sudah menemaph tiket penerbangan Sri Lanka Airlines ke Dubai pada 6:25 petang waktu tempatan.
 
Pegawai imigresen enggan memproses pasport yang diberikan oleh pembantu presiden berkenaan kerana kesemua pemilik tidak hadir untuk pemeriksaan dan akhirnya pesawat berlepas tanpa presiden dan keluarganya, tambah sumber.
 
Presiden itu pula enggan mengunjungi terminal awam kerana takut diserang oleh pengunjung lain yang berada di sana. 
 

Sebelumnya, perkara sama berlaku pada adik presiden, Basil Rajapaksa yang merupakan bekas menteri kewangan Sri Lanka.

Basil Rajapaksa juga dihalang daripada menaiki penerbangan ke Dubai ketika cuba meninggalkan Sri Lanka tetapi pegawai-pegawai imigresen enggan membenarkan beliau menaiki pesawat. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here