Utama Berita Automotif Sri Lanka rampas lebih 50,000 liter stok bahan api haram

Sri Lanka rampas lebih 50,000 liter stok bahan api haram

12

Sri Lanka merampas lebih daripada 50,000 liter bahan api yang disimpan secara haram dalam tempoh 30 hari  dan menahan 31 individu dalam serbuan di seluruh negara, kata polis pada Ahad.

Jurucakap Media Polis, Penolong Pesuruhjaya Polis F. U. Wootler berkata tangkapan itu dijalankan dalam serbuan di seluruh pulau tersebut dari 3 Mac hingga 4 April.

Beliau berkata polis telah merampas lebih daripada 52,000 liter bahan api semasa operasi berkenaan, termasuk 47,006 liter diesel, 2,668 liter petrol, dan 2,706 liter minyak tanah.

Wootler berkata pihak polis telah memulakan tindakan undang-undang terhadap suspek yang ditahan berkaitan dengan penyimpanan stok secara haram tersebut.

Beliau menambah bahawa operasi itu dijalankan atas arahan Ketua Polis Negara untuk menahan individu yang menyorok bahan api secara haram dan menyebabkan kesulitan kepada orang awam ketika krisis tenaga global sedang melanda.

Sejak tercetusnya pusingan terbaharu konflik ketenteraan di Timur Tengah, pihak berkuasa Sri Lanka telah memperhebatkan tindakan keras terhadap penyimpanan bahan api dan aktiviti pasaran gelap, bagi menangani kekurangan bekalan bahan api yang berpunca daripada konflik tersebut.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here