Utama Berita Automotif Thailand sita 100,000 liter diesel milik syarikat Malaysia di Sadao

Thailand sita 100,000 liter diesel milik syarikat Malaysia di Sadao

117

Pihak berkuasa Thailand pada Sabtu menyita 100,000 liter diesel milik sebuah syarikat logistik Malaysia di Sadao, Songkhla dan menahan seorang pekerja warga Thai bagi membantu siasatan.

Gabenor Wilayah Songkhla, Rattasart Chotchu, berkata aduan orang ramai membawa kepada risikan dan operasi bersama polis, tentera serta pihak berkuasa tempatan pada Sabtu pagi.

Dalam operasi itu, pihak berkuasa menemukan diesel yang disembunyikan di dalam tangki bawah tanah milik syarikat berkenaan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here